Sebaiknya wanita selepas bersalin, mengikuti petua yang disediakan ini kerana panduan ini dapat membantu anda mempercepatkan proses pengecutan dan merapatkan rahim atau sistem peranakan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyediakan bahan-bahan seperti halia tua, kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis.
Seterusnya, anda bolehlah merebus kesemua bahan-bahan tersebut di dalam periuk yang bersih. Setelah mendapati ramuan tersebut menjadi sebati, minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali sehari.
Petua ini juga amat berkesan untuk membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar. Selamat Mencuba!
0 Komentar untuk "Petua Kecutkan Rahim"