Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang juga pernah dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) adalah pekerja awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat hazard kepada kesihatan dan persekitarandalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan hazard.
Kebiasaannya persepsi umum terhadap tugas PPKP hanya terhad kepada tugas untuk menilai dan memeriksa restoran dan memastikan restoran tersebut mematuhi standard sanitasi dankeselamatan makanan serta perkara-perkara yang melibatkan pemprosesan makanan, seperti yang telah termaktub dalam peraturan-peraturan dan akta-akta mengikut daerah, perbandaran, wilayah, negeri dan negara masing-masing.
Walaubagaimanapun, kebanyakan PPKP mempunyai bidang tugasan yang lebih besar dan menyeluruh termasuklah tanggungjawab untuk memeriksa sanitasi dan nilai parameter biologi, fizikal dan kimia kolam renang, keadaan sub-standard perumahan,Sekolah kebangsaan (disubsidi penuh oleh kerajaan), penjagaan harian, jururawat rumah, dan pegawai pengesah khidmat persendirian seperti memeriksa pusat pembuatan tatu. Bergantung kepada bidang perundangan yang digazetkan, Pakar Kesihatan Persekitaran Berdaftar juga mempunyai permit untuk memeriksa sebarang jenis perigi, sistem pengagihan bekalan air bersih swasta, atau sistem pengurusan sisa kumbahan individu (tangki septik). Tugasan lain termasuklah; memeriksa kem tanah, memeriksa salun pendandan, memeriksa salun kecantikan, memeriksa pembetulan fasiliti dan memeriksa taman perumahan bergerak.
Mereka juga bertanggungjawab untuk mengambil tindakan berkenaan serangan dan gigitan haiwan seperti monyet dan anjing, aduan sampah sarap bertaburan, aduan bunyi bising, aduan bau busuk, aduan pencemaran cahaya dan radiasi, aduan pecahan lohong pembetungan dan lain-lain. Memandangkan inspektor kesihatan merupakan pegawai atau penolong pegawai yang mempunyai taraf pendidikan akademik yang agak tinggi, ini membolehkan mereka menyampaikan sebanyak mungkin maklumat akademik yang begitu bermanfaat dan berfaedah. Sebagai contoh dalam menjalankan pemeriksaan atau operasi pemberian notis kompaun atau rampasan barangan, mereka juga harus menyampaikan serba banyak maklumat tentang kesalahan tersebut, cara menghapuskan, cara memperbaiki kesilapan, maklumat kandungan bahan berbahaya, kesan jangka pendek atau panjang kepada orang yang melakukan kesalahan tersebut. Mereka juga turut bertanggungjawab untuk menyampaikan khidmat pesanan kesihatan di booth-booth kesihatan, sidang dewan ceramah, sekolah-sekolah.
Antara isi yang boleh disematkan dalam ceramah mereka adalah tentang bahayaplumbum, radon, raksa, DDT, arsenik dan lain-lain bahan logam berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran alam semulajadi. Mereka juga harus menceritakan tentang kisah-kisah berkaitan penyakit berbahaya yang pernah berlaku secara epidemik dan pendemik di dunia seperti West Nile Virus, Demam Denggi, Selesema burung, H1N1 dan kes yang terbaru iaitu Ebola.
Bidang inspektor kesihatan juga sebenarnya terdedah kepada isu yang melibatkan barangan berbahaya (Hazmat). Isu seperti pencemaran radiasi yang pernah berlaku di Chernobyl,Jepun dan lain-lain lagi turut menjadi kajian oleh golongan diprofesion ini.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, untuk menjawat jawatan PPKP ini seseorang hendaklah memohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan akan menjalani latihan selama 3 tahun untuk mendapatkan Diploma. Semoga bermanfaat.Salam.
3 Komentar untuk "(14Gambar) Hebat! Tugas Seorang Penguatkuasa Kesihatan Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu"
wau
Kenapa mcm kenal jer awek2 dlm pic tu...huhuhuhu... tropong kiri tropong kanan...
Kenapa mcm kenal jer awek2 dlm pic tu...huhuhuhu... tropong kiri tropong kanan...