PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Petua/Tips Kurus dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin



Ramai ibu-ibu yang lepas bersalin dan pantang mengeluh kerana masalah berat badan yang melanda. Keinginan untuk kurus dan kembali kepada bentuk asal lepas bersalin membuak2. Mungkin masalah nk kurus dan kempis perut lepas bersalin ni tak semua yang hadapi namun sebilangan besar mengalaminya. Bagi yang mengalaminya pasti tercari-cari apa petua dan tips untuk kurus dan kempiskan perut dan segala spare part yang timbul selepas bersalin. Jadi, baca sampai habis ya :)




Walaupun anda berniat dan berhasrat untuk mengambil apa2 supplement atau vitamin bagi membantu untuk kurus dengan lebih cepat, adalah amat-amat penting anda tahu bahawa cara yang paling baik adalah dengan mengetahui kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari dan mengawal pemakanan dan aktiviti harian supaya kesan yang diperolehi kelak adalah kesan jangka panjang dan tentunya hadir bersama dengan kesihatan yang baik. Kurus secara sihat, itu yang sebetulnya.

Bagaimana nak kurus selepas bersalin? 

Bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin? bagaimana nk buang lebihan-lebihan lemak selepas bersalin?
  • Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas pantang kerana anda adalah ibu menyusu. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding insyaaAllah sangat emmbantu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi bantu ibu untuk cepat kembali ke bentuk asal. 
  • Jangan tinggal breakfast. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boelh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tgh hari dan malam. Roti wholemeal adalah digalakkan untuk menggantikan nasi. 
  • Minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan. Klik siniuntuk mengetahui Formula untuk bg menentukan berapa jumlah air yg sesuai dengan berat badan anda. 
  • Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. jadi pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner. 

Bagaimana kalau anda menyusu badan, sesuai tak untuk cuba berdiet bagi menguruskan badan? 

Menurut sumber dari babycenter.com, penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Jadi langkah selamat untuk anda dan bayi, kurangkan berat badan secara perlahan-lahan. 

Bagaimana nak kempiskan perut plak? 

Perut buncit lepas bersalin biasanya dialami oleh ibu yang besalin cser. Almaklum lepas bersalin tak boleh nk berbengkung bagai kan. Nak bertungku pun tak boleh. Tapi yang bersalin normal pun ada juga yang mengalaminya. kalau tak jaga pemakanan dan kerap minum ais, tak mustahil buncit juga. 
jadi mcm mana cara nk hilangkan lemak-lemak di perut? Cara tradisional mmg banyak. Antaranya 

  • Campuran limau nipis dan kapur sireh yg disapu di perut
  • Minum air campuran halia, limau nipis dan lada hitam 
  • dan macam-macam lagi petua nk kempis
Tapi rajin ke nak buat hari2 ni benda tu? Atau ada masa ke nk buat? Cadangan paling selamat adalah dengan HERB LAX. Fungsi utama herb lax adalah untuk detox usus dan buang segala kekotoran dan toksik yang ada di usus. Susuli dengan penggunaan LECITHIN untuk kesan yang lebih baik. lecithin membantu dalam memecahkan lemak dalam badan. Dan plaing penting hadirkan bersama senaman perut iaitu sit up supaya otot2 perut akan bekerja untuk membakar lemak di sekitar perut. 
0 Komentar untuk "Petua/Tips Kurus dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info