• Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.

  • Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.

  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.

  • Memakai girdle/sut Pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.

  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.

  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi