Amalan romantik ini tidaklah susah untuk diamalkan cuma tidak ramai yang sanggup melakukannya kerana dibatasi perasaan malu dan tidak cukup masa. Sekiranya masih tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk melakukannya, ikuti panduan yang diberikan.
Mengucup pasangan
Mulakan dengan mengucup tangan suami setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Tetapi jika berpisah lebih dari sehari seperti keluar bertugas di luar daerah maka tambah rutin harian tadi dengan pelukan atau ciuman di bibir. Ringkas dan mudah dilakukan malah tidak sampai lima minit.
Bertengkar untuk sehari
Cepat-cepatlah berbaik sekiranya berlaku perselisihan faham. Usah biar berlarutan walau untuk satu jam apatah lagi berhari-hari. Sebolehnya biarlah pertengkaran itu berlaku di dalam kamar anda saja kerana siapa tahu pengakhirannya adalah kemesraan.
Tidur bersama
Jangan sekali-sekali berpisah tempat tidur dengan pasangan walau anak telah berderet atau usia kian meningkat. Tip ini harus dipraktikkan bagi mengeratkan hubungan kasih sayang sekali gus menyemarakkan lagi rasa cinta antara anda dan si dia.
Kongsi bekas makan minum
Amalkan solat berjemaah ketika kalian berada di rumah. Ucapan doa yang dilafazkan serta huluran tangan tatkala bersalaman diyakini mampu menyemarakkan keharmonian rumah tangga.
Begitu juga pada waktu makan. Biasakan minum pada bekas bibir gelas yang digunakan pasangan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Jangan segan atau geli untuk menggunakan gelas atau pinggan yang pasangan gunakan.
Luang masa dan lafaz ucapan
Luangkan sedikit masa untuk menghubungi pasangan, sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Meskipun tiada perbualan hebat tetapi memadailah dengan bertanya apa yang sedang dilakukan. Seperkara lagi praktik ucapan 'I Love You' sepenuh hati sebelum menamatkan perbualan telefon sebelum tidur atau ingin keluar ke mana-mana.
Kejutan yang luar biasa
Sekali-sekali lakukan kejutan buat si dia sama ada membeli hadiah atau kad bagi mengingati peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup kalian. Selain hadiah, anda boleh mengejutkan pasangan dengan mengenakan pakaian yang seksi atau mengubah gaya penampilan bagi mengelakkan pasangan jemu.
0 Komentar untuk "Amalan Romantik Ikat Pasangan"