Penyakit kencing tikus atauLeptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari[1]:290) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripadaspirochaete dalam genusLeptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dannephritis".
Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.[2] Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab [3] dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.[4]
Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.
0 Komentar untuk "(10Gambar) Berhati- hati!!! Penyakit Yang Perlu Dicegah Daripada Menular Di Malaysia - Penyakit Kencing Tikus(Leptospirosis)"