PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Top 10 Artis Lelaki Bollywood Terkaya 2014!!!


Bollywood adalah industri filem berbahasa Hindi yang berpangkalan di Mumbai (Bombay),Maharashtra , India. Istilah ini sering disalahguna bagi merujuk kepada keseluruhan pawagam India. Namun ia hanya sebahagian daripada jumlah keseluruhan filem India . Bollywood merupakan pengeluar filem terbesar di India dan salah satu pusat terbesar pengeluaran filem di dunia.


Industri perfileman Bollywood ada pasang surutnya. Jatuh atau tidak, Bollywood mempunyai jutaan pengikutnya sendiri dan para peminat yang setia bersama para penghibur ini dan tetap setia menonton filem-filem mereka dan mengikuti perkembangan industri perfileman Bollywood. Oleh sebab itu,apabila senarai sepuluh artis paling kaya di Bollywood dikeluarkan, hampir semuanya melibatkan pelakon-pelakon lama yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri ini.

1.      SHAH RUKH KHAN
Raja filem Bollywood ini tentu sekali berada di tangga teratas dengan jumlah nilai aset bersih sebanyak AS$600 juta (RM1,968 juta).  SRK mempunyai dua produksi, Red Chillies Entertainment, dan juga Dreamz Unlimited yang dikongsi bersama rakan karibnya, Juhi Chawla.

2.      AMITABH BACHCHAN
Antara pelakon veteran yang masih relevan sehingga kini, bekas hero Bollywood paling popular lewat 70-an ini sudah melakonkan ratusan buah filem, sama ada berjaya atau tidak.  Nilai bersih harta kekayaan Big B ini adalah sebanyak AS$400 juta (RM1,312 juta).

3.      SALMAN KHAN
Dia lebih terkenal kerana badan berbanding bakatnya, tetapi dalam masa yang sama Salman merupakan antara pelakon yang paling banyak menerima tawaran filem.  Salman mempunyai AS$200 juta (RM656 juta) dalam nilai asetnya.

4.      AAMIR KHAN
Pelakon "3Idiots" ini lebih veteran berbanding yang lain, kerana dia telah muncul di skrin seawal tahun 1973 dalam filem "Yaadon Ki Baaraat". Malah,selain filem, Aamir juga mempunyai syarikat produksinya sendiri, Aamir Khan Productions.  Nilai aset bersih Aamir sebanyak AS$180 juta (RM590 juta).

5.      AKSHAY KUMAR
Berbeza dengan artis lain yang kebanyakannya datang dari keluarga seni, Akshay merupakan anak seorang tentera yang memulakan kerjayanya dari bawah. Selepas memasuki Bollywood dengan bakatnya dalam seni bela diri dan menjadi pelakon lagak ngeri,dia ditawarkan membintangi francais filem "Khiladi", sekaligus menaikkan namanya.
Kini, pelakon, ahliseni bela diri, penerbit filem dan suami kepada aktres Twinkle Khanna ini telah melakonkan lebih puluhan filem, rata-ratanya filem aksi, dan mengumpul nilai aset sebanyak AS$65 juta (RM213 juta).

6.      SAIF ALI KHAN
Dia mungkin bukan antara 'Khan' yang paling berpengaruh.  Saif mempunyai syarikat produksinya sendiri, Iluminati Films dan filem pertama terbitannya, "Love Aaj Kal" berjaya mengaut kutipan pecah panggung.  Nilai kekayaan suami Kareena Kapoor ini pada tahun 2013 adalah sebanyak AS$40juta (RM131 juta).

7.      AJAY DEVGAN
Sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood selama lebih satu dekad, Ajay sudah banyak menghasilkan filem-filem aksi dan juga komedi, termasuk filem-filem dengan isterinya Kajol seperti "Pyaar To Hona Hi Tha"(1998), "Dil Kya Kare" (1999) dan "Raju Chacha"(2000).  Nilai bersih asetnya adalah sebanyak AS$30 juta (RM98 juta).

8.      HRITHIK ROSHAN
Antara pelakon terkacak Bollywood, anak kepada pengarah filem Rakesh Roshan dan anak saudara kepada komposer Rajesh Roshan ini mula berlakon sejak masih kanak-kanak lagi,tapi hanya menjadi kegilaan ramai apabila dia muncul dalam "Kaho Na...Pyaar Hai" pada tahun 2000 sebagai lelaki dewasa.  Nilai bersih asetnya berjumlah AS$30 juta(RM98 juta).

9.      RANBIR KAPOOR
Sebagai satu-satunya bintang baru dalam senarai (bermula dengan "Saawariya" pada tahun2007), anak kepada pelakon Rishi Kapoor dan Neetu Singh ini turut dinamakan sebagai 'bintang paling bernilai generasi ini' oleh The Economic Times.  Nilai kekayaan pelakon "Yeh Jawaani HaiDeewani" ini ialah AS$30 juta (RM98 juta).

10.   SANJAY DUTT
Sanjay merupakan antara jumlah kecil para pelakon era 80an yang masih mampu memegang peranan utama dalam filem.  Sekalipun dia kini dipenjarakan, produksi filemnya terus bergerak di bawah pengurusan isterinya,Manyata dan asetnya yang bernilai AS$10 juta (RM33 juta) itu tidak ke mana.
0 Komentar untuk "Top 10 Artis Lelaki Bollywood Terkaya 2014!!!"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info