Yamaha YZF-R25 secara rasmi di lancarkan di Indonesia hari ini, mengakhiri penantian yang di tunggu seluruh komuniti permotoran dunia. Kini mesin yang di kuasakan enjin dwi silinder250cc DOHC sejukan cecair, suntikan bahan api ini dengan kuasa setinggi 35.5hp dan 16.7 lbs•ft tork (tertinggi dalam kelas 250cc) di jangka akan memberi saingan sengit pada Kawasakidan Honda yang telah mendominasi kelas 250cc sebelum ini.
Yamaha menegaskan Yamaha YZF-R25 di bina khusus untuk pasaran Asean dan juga sasaran pasaran besar terbaru iaitu India, dengan model enjin 300cc YZF-R3 bakal menjengah pasaranEropah dan Amerika Utara selepas debut rasmi di Indonesia dan negara Asean lain.
Menarik mengenai Yamaha YZF-R25 ialah reka bentuk kebuk pembakaran enjin di reka dengan bercirikan “generates a tumble” yang membantu campuran udara dan bahan api lebih baik untuk hasil pembakaran yang memberikan kuasa yang lebih tinggi. Silinder YZF-R25di bina dari DiAsil (Die casting Aluminum-Silicon) yang berfungsi mengurangkan berat enjin dan pelepasan haba lebih efektif. Dengan rangka keluli tegar menyokong enjin dwi silinder yang paling berkuasa dalam kelas 250cc itu.
Di bina di Indonesia dan bakal memasuki pasaran pada Julai tahun ini. Yamaha optimisYamaha YZF-R25 akan terjual dalam 15,000 unit dengan jangkaan pertambahan unit model dalam pasaran akan datang. Di jual pada harga 53juta Rupiah di Indonesia dan jangkaan harga di Malaysia sekitar RM15,000. Anda pasti boleh menjangka Yamaha YZF-R25 akan menjadi pilihan terbaik dengan pakej yang di tawarkan. 35.5 hp sesuatu yang mengiurkan bagi sebuah mesin 250cc ini.
Length x Width x Height | 2,090mm x 720mm x 1,135mm |
Seat Height | 780mm |
Weight | 166kg |
Engine Type | Liquid-cooled, four-stroke, DOHC, four-valve |
Cylinder Arrangement | Inline two-cylinder |
Total Displacement | 249cm3 |
Bore x Stroke | 60.0mm x 44.1mm |
Maximum Output | 26.5kW (36.0PS)/12,000rpm |
Maximum Torque | 22.6N・m (2.30kgf・m)/10,000rpm |
Fuel Capacity | 14L |
Fuel Delivery | Fuel Injection |
Transmission Type/Shift Method | Constant mesh 6-speed/Return type |
Tire Size (Front/Rear) | 110/70-17 / 140/70-17 |
Brake Type (Front/Rear) | Hydraulic disc/Hydraulic disc |
Suspension (Front/Rear) | Telescopic/Swingarm |
0 Komentar untuk "Yamaha YZF-R25 2014 Di Lancarkan (RM 15,000)"