PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Sadis Kerana Kasihkan Isteri, Suami Sanggup Ditetak Perompak Di Sentul

Kerana kasihkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan isteri tercinta daripada serangan perompak ganas.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ bagi mengelakkan isterinya, 28, ditetak dengan parang bertalu-talu oleh perompak dalam satu kejadian samun yang berlaku di pangsapuri berdekatan Sentul pada 10.30 malam semalam.

Akibatnya mangsa mengalami kecederaan serius manakala isterinya, putus satu jari tangan kiri.

Menurut mangsa, dia dan isterinya baru pulang daripada kerja dan sedang menaiki tangga apabila secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang mereka bertubi-tubi.

Memetik petikan Harian Metro, dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” kata Choo lagi.

Perompak tersebut kemudiannya merampas beg tangan milik isteri Choo sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

Sehubungan itu Choo membuat laporan di Balai Polis Sentul dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan.
0 Komentar untuk "Sadis Kerana Kasihkan Isteri, Suami Sanggup Ditetak Perompak Di Sentul"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info