PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Reaksi wajah Obama bila makan Nasi Lemak

reaksi-wajah-obama-bila-makan-nasi-lemak

Biarpun ramai yang menanti riak wajah Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika makan raja segala buahan iaitu durian, kami boleh agak lebih kurang macam dia makan budu lah. Bau menyeksa tetapi rasanya lazat. Ibarat kata mat salleh, “Smells like hell but tastes like heaven.”

Jadi kali ini kita mengagak sebab-sebab yang mungkin membawa kepada kelewatan bermulanya lawatan ke Masjid Negara adalah mungkin kerana Presiden Barack Obama telah mencuba makan nasi lemak untuk sarapan pagi tadi.

Mari kita lihat apa agaknya reaksi Obama kali ini!

“I’m starving! Can’t wait for breakfast”

Reaksi biasa sesiapa yang baru bangun tidur. Perkara pertama yang dicari adalah makanan. 

“Mr. President, are you alright with Nasi Lemak?”

Disebabkan lapar, Obama pun telan sahaja nasi lemak. Pedas ke tak cukup garam ke belakang cerita.

“Mak aih, pedasnya!”

Agaknya tukang masak terlupa orang putih tidak tahan makan pedas dan terletak cili lebih dalam sambal nasi lemak. Kesian Obama kepedasan, sampai minum air pun tak lega.

Obama terpaksa makan ais krim untuk kurangkan rasa pedas

“No nasi lemak in the morning. Any other time but the morning.”
0 Komentar untuk "Reaksi wajah Obama bila makan Nasi Lemak"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info