PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Akhirnya Budak Pailang Bertudung Dihantar ke Sekolah Tunas Bakti Sabah, Terengganu dan Melaka.



KOTA SAMARAHAN: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.

Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan. Utusan

0 Komentar untuk "Akhirnya Budak Pailang Bertudung Dihantar ke Sekolah Tunas Bakti Sabah, Terengganu dan Melaka."

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info