PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Pelajar pukul profesor tegur dia menipu dalam peperiksaan



Patna (India): Seorang pelajar kolej di wilayah Vaishali ditahan polis selepas dia memukul seorang profesor yang melarangnya menipu ketika peperiksaan.

Polis berkata, Rahul Yadav yang menuntut di Kolej Bipin Bihari memukul pensyarah berkenaan apabila mangsa membantah hasrat pelajar itu untuk meniru dalam peperiksaan pada 17 Mac lalu.

Pengetua kolej berkenaan, Dr M Pandey berkata, pihaknya memfailkan satu kes terhadap Yadav yang juga presiden kesatuan pelajar kerana memukul pensyarah berkenaan.

Beberapa rakan Yadav yang terbabit menyerang mangsa turut dikenakan tindakan sama.
Jurucakap polis, Rajesh Kumar Rai berkata, Yadav ditangkap dan pihaknya sedang mengesan semua tertuduh yang lain.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas satu rakaman video yang menunjukkan kumpulan pelajar berkenaan memukul pensyarah mereka menjadi viral di Internet.

Vaishali yang terletak di negeri Bihar menjadi perhatian media baru-baru ini selepas beberapa gambar menunjukkan berlakunya penipuan besar-besaran ketika peperiksaan sekolah menengah tersebar.

Penipuan itu membabitkan ibu bapa pelajar dan rakan-rakan mereka.

Sejak itu beberapa penipuan besar-besaran ketika peperiksaan turut dilaporkan di negeri itu. - Agensi


Sumber

0 Komentar untuk "Pelajar pukul profesor tegur dia menipu dalam peperiksaan"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info