PEGUAM Michelle Yesudas digesa oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjelaskan tweet yang ditulisnya pada Jumaat lalu.
Michelle menulis di laman mikro Twitter dengan menggunakan tweet handle @chelle_yesudas, “Because I am positively terrified that these crazy, rape-frenzied people are actually the majority in my country (kerana saya betul-betul takut orang-orang yang tidak siuman dan gila rogol merupakan majoriti negara ini).
Khalid menggesa Yesudas menjelaskan tweet berkenaan dan tidak menimbulkan sebarang keresahan rakyat ekoran tweet yang dipercayai berkaitan dengan pelaksanaan hukuman hudud.
“Mohon @chelle_yesudas jelaskan kepada @PDRMsia, apa yang dimaksudkan dengan tweet di bawah, jangan timbulkan keresahan rakyat,” kata Khalid menerusi akaun Twitternya, @KBAB51.
Menerusi Malaysian Insider, Michelle mengatakan pihak polis sudah menghubunginya dan dia akan disiasat tidak lama lagi berhubung kenyataannya di media sosial itu.
Difahamkan, Michelle mengirimkan tweet berkenaan selepas penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin menerima ugutan bunuh dan ekoran video yang dimuat naik mengkritik pelaksanaan hudud di Kelantan.
0 Komentar untuk "KPN Arah Michelle Yesudas Jelaskan Tweet Kontroversinya"