Petikan dari fanpage Sukan Star TV yang perlu dibaca sebagai teladan dan moga kisah ini akan dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada semua pembaca .
Sebuah kisah benar yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Mimie Hadeena di ruangan komen fanpage tersebut.
Sebuah kisah benar yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Mimie Hadeena di ruangan komen fanpage tersebut.
Dia isteri yang cantik, muda lagi.. Namun begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya.. Bukan buka aib sendiri,sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya.Kisah ini diambil daripada isteri tersebut yang di emel kepada Pakar Hati Wanita.
Assalamualaikum.. Tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri-isteri diluar sana beringat. dan amik pengajaran..
DIA LUPA, ALLAH ITU ADA....
Saya dan suami kenal dr zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin.. makin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bln, Allah turunkan dugaan. saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya.suami saya seorg yang baik sebenarnya.solat tak tinggal.. imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.. tapi dia lupa, Allah itu ada..
Tak disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami , ada wanita yang tidak saya kenali. saya stalk FB wanita tersebut.terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya,hati isteri mana yang tak hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya.. sbg isteri, saya percaya kata2nya.. tapi dia lupa, Allah itu ada.. Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.
Tapi dia lupa, Allah itu ada..pada satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – satu msg untuk seseorang.. yang membuktikan mereka ada hubungan.. lagi sekali, hancur luluh hati saya.. saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. saya paksa dia mengaku.. pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.
Ya Allah.. terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi…macam org gila.ya, macam org gila.. tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu.tapi tidak. saya terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati saya meluah segalanya.. saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian.sampai disana, kereta suami tiada.tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga saya bilik ke rumah mertua. saya cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua). Suami call saya dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka. saya dah tak ambil pusing.mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur..
Suami pulang pada hampir jam 11mlm. saya dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai terus masuk kereta saya dan terangkan bhw perempuan tu yang gilakan dia.dia mengaku berkawan dengan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya.tapi janda anak 4!
Ya Allah, kami baru saja 25thn!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sbb perempuan tu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.Bila saya tanya knp tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah.. ya Allah, macamla saya tak marah ketika ini.. saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah smbil pegang perut saya atas nama anak.suami pada mulanya tak setuju.tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri.. saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan.. betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..
Pada subuh hari, saya kejut suami. saya tanya elok2.. saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugut dia lagi. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali.. Allah….berat sungguh dugaanMu.. bayangkanlah, saya sedang mengandungkan anaknya 7bulan!!
Ketika itu, saya diam.setitik air mata pon tiada.. saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta saya yang 8thn itu telah terkubur. saya diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis. saya biarkan.. baru menyesal mungkin? saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya.. ’abg bertaubatlah, solat taubat byk2. saya maafkan abg.. dan saya tiada dendam dalam hati’ suami pandang saya sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi.dan saya hanya mengangguk.
Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya.. saya terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata saya jatuh.. pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.. hati saya tak tenang. saya baca surah ar rahman. Tersedu2, sebak yang tak tahu nk dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis.dia tak sanggup tgk keadaan saya.. dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata2 ketika itu. saya hanya menangis dan menangis.. suami cerita, dia tak tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. saya ada rupa, 1000tak cantik pada janda tersebut. saya solat, saya taat pada suami. saya bekerja, saya dah bg dia anak.. saya tutup aurat.ape lagi??
suami kata dia macam lupa diri.. dia taktahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya.. sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.
Mmg, sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yang tahu. saya hanya bertahan untuk sekejap.kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin mrh. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nk. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan ceraikan saya. pada saat itu saya kerap menangis.. tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pada suami dan saya.. habis dia cerita semua yang saya tak tahu.. yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). saya bls msg ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. saya dan suami saya baik2 saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kpada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu..
Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang… sedih dan pilu hati ni taktau macammana nak khabarkan..
Tapi Allah sentiasa ada.. siapa la yang tak marah.. memang saya mrh.tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.. saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada.. mcm2 suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..
Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang.. anak saya pun telah selamat lahir.. kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru.. suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?
Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bg peluang.tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri.. saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai.. mungkin, balas dendam..
Sabar sahabat2ku, Allah itu ada.. kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia.. yakinlah ALLAH ITU ADA~
Allah.. Allah.. Allah.. :’(
Kisah di atas juga terpakai untuk kes di sebaliknya iaitu jika isteri berlaku curang terhadap suami...
Yang utama, ingatlah sentiasa bahawa Allah itu sentiasa ada dengan kita...
0 Komentar untuk "Kisah Seorang Isteri Yang Buat Ramai WanitaDi Luar Sana Menangis"