Tiba-tiba kami mendapat kiriman emel yang secara terang lagi bersuluh menunjukkan maklum balas Remy Ishak mengenai perkara berkenaan.
Fuh! Kalau korang baca, memang tajam dan menikam kalbu betul apa yang dikatakan oleh si kacak ini!
Tapi, korang jangan cepat salahkan mana-mana pihak. Remy sudah pun membuat penjelasan melalui akaun Twitter bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Malah, kata Remy, akaun tersebut merupakan akaun palsu kerana dia sendiri tidak mempunyai Facebook.
Bagaimanapun, kami yakin Rita dan Remy tak ambil hati dengan perkara ini. Adatlah jadi selebriti, sekali-sekala pasti terpalit kontroversi.
0 Komentar untuk "Panas!Remy Ishak Tak Mahu Kahwin Rita Rudaini Kerana Meluat Dengan Sikapnya?"