PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Dituduh Sebagai Pengganas Dan Pembunuh di Charlie Hebdo Punca 'Mak Cik' Mengamuk Pukul Warga Perancis




SEMALAM kami ada menyiarkan sebuah video dan artikal yang memaparkan seorang mak cik bertindak memukul pelancong asing warga Perancis di Krokop, Miri.

Didalam video tersebut memaparkan babak hujung kejadian dikatakan mak cik telah memukul warga perancis berkenaan.


Kami telah dihubungi oleh wanita berbaju biru di dalam video tersebut dan mahu namanya dirahsiakan yang merupakan adik iparnya.


Menurut beliau kejadian tersebut berlaku pada 22 Mac 2015 dan video yang disiarkan tersebut adalah babak akhir dan tidak menunjukkan keseluruhan kejadian berlaku.


"Wanita yang memegang payung itu ialah kakak ipar saya, dia sedang mengundurkan kereta, ketika itu 3 wanita eropah itu baru sahaja keluar dari kereta mereka yangg parking disebelah kanan kereta kakak ipar saya sambil bersemabng dengan agak kuat."


"Kakak ipar saya tidak menyangka mereka akan melalui arah keretanya jadi dia pun mengundurkan kereta secara perlahan dan tiba2 terdengar ada org mengetuk "boot" kereta dia dengan kuat." ceritanya.


Kerana ketukan itu kakak ipar beliau terkejut dan masuk semula kedalam kawasan parking. Beliau keluar dari kereta lalu bertanya 'what happened ? Are you okay ?..'


"Salah seorang dari 3 wanita eropah itu mula meninggikan suara dan menunjuk2 jari kepada kakak ipar saya. Apabila kakak ipar saya melihat tubuh 3 wanita itu (tinggi hampir 6 kaki manakala kakak ipar sy cuma 4'9"), dia tahu yg mereka bukan lawan dia, jadi dia cuba masuk semula kedalam kereta tapi salah seorang dari 3 wanita eropah menarik tangannya dgn kuat."

"Kakak ipar saya cuba menahan diri tetapi wanita eropah berkenaan menolaknya sehingga terjatuh ke atas jalan betul-betul sebelah pintu keretanya yang terbuka. Ketika itulah, kakak ipar saya meminta bantuan saya yang duduk di seat penumpang."

"Saya keluar dari kereta dan cuba menjauhkan 3 wanita eropah tersebut dari kakak ipar saya tapi mereka tetap dtg semula. Mereka menyumpah seranah dan meludah ke arah kakak ipar saya dan menuduh dia sebagai salah seorang ahli ISIS dan pembunuh Charlie Hebdo."


Kerana tuduhan melampau tersebut menyebabkan kakaknya telah naik marah dengan meludah semula menyebabkan wanita Perancis tersebut cuba menyerang kembali dan diapun lantas mengambil payung di tepi tempat duduk pemandu.


"Dia cuba menghalakan payung tersebut ke arah warga eropah itu tetapi terkena kepala wanita tersebut.Jika ditanya kapada saya atau sesiapa, kakak ipar saya hanya cuba mempertahankan diri."

"Selepas itu, barulah seseorang mula merekod scene tersebut. 3 wanita eropah itu mula menjauhkan diri bila salah seorang cedera. Jika anda berbadan kecil dan diserang oleh 3 org perempuan yg berbadan tinggi dan besar, tidakkah anda akan cuba utk mempertahankan diri dgn apa yang tangan anda mampu capai masa tu ?" tegas beliau.


Beliau turut memberitahu kakak iparnya masih sakit sehingga sekarang selepas ditarik dengan kasar oleh salah seorang wanita eropah berkenaan dan masih belum sempat menemui doktor,


Jadi dari cerita beliau jelas dia cuba mempertahankan dirinya. Sikap ayng tidak sepatutnya ditunjukkan oleh wanita Perancis itu yang terus menuduh orang Islam sebagai pengganas.



Sumber

0 Komentar untuk "Dituduh Sebagai Pengganas Dan Pembunuh di Charlie Hebdo Punca 'Mak Cik' Mengamuk Pukul Warga Perancis"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info