Ibu sering diingatkan agar mengelakkan pengambilan jamu semasa menyusukan bayi di dalam pantang. Benarkah jamu boleh menambahkan lagi peluang bayi mendapat demam kuning atau dikenali sebagai jaudis.
Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.
Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya berhadapan dengan masalah yang sama agak besar.
Walaupun jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat tertentu yang melalui susu ibu dan berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusuinya.
Untuk selamat, adalah lebih baik jika anda menysukan bayi, tidak mengambil jamu sembarangan terutamanya jamu yang tidak dilabel dan yang tidak diketahui kesahihan kandungannya.
0 Komentar untuk "Kesan Jamu Untuk Ibu Menyusu"