Masalah ini kadang-kala mengecewakan wanita hamil kerana ia berlaku seawal usia kehamilan. Kesukaran tidur pada waktu malam menyebabkan keletihan keesokan harinya. Jika anda mengalami masalah ini, ikuti panduan berikut:
 
  • Makan malam lebih awal daripada waktu biasa. Jadi apabila tiba waktu tidur, anda tidak terlalu kekenyangan. Jika lapar sebelum waktu tidur, ambil snek seperti pisang yang boleh mengekalkan rasa kenyang sehingga waktu anda bangun tidur.
  • Amalkan rutin tidur dengan mengurangkan aktiviti lasak dan mulakannya dengan mandi kemudian menyiapkan diri seterusnya perlahan-lahan lelapkan mata. Pastikan juga anda tidur pada waktu yang sama setiap hari.
  • Jangan bawa pulang kerja pejabat ke rumah. Ini akan membuatkan anda rungsing dan sukar tidur kerana terlalu asyik membuat kerja pejabat.
  • Pastikan diet anda mengandungi zat besi mencukupi. Ini kerana kekurangannya akan membuatkan anda sukar tidur.
  • Elakkan kafein yang merupakan penyebab biasa mengapa orang sukar tidur.
  • Minumlah segelas susu suam kerana ia mengandungi bahan kimia semulajadi yang boleh membuatkan anda mengantuk.