Memasak dengan perut yang semakin membesar ada kalanya membuatkan wanita hamil menjadi kurang selesa. Ikuti panduan mudah untuk memasak dengan selesa.
- Pastikan keadaan tubuh tegak dan kedudukan dapur separas dengan bahagian ulu hati. Ini dapat mengurangkan bahang kepanasan kepada ibu.
- Pastikan lantai dalam keadaan kering dan tidak berminyak agar dapat mengelakkan wanita hamil tergelincir.
- Gantikan barangan dapur yang sudah berkarat untuk mengelakkan ibu dan janin berhadapan dengan masalah kesihatan di kemudian hari.
- Jangan mengangkat atau membawa bekas berisi air panas atau minyak panas dalam bekas yang besar. Ini kerana ketika mengandung sememangnya keseimbangan tubuh bakal ibu sedikit terganggu.
- Elakkan berdiri terlalu lama. Sebolehnya kurangkan waktu memasak dan belajar untuk mencari cara memasak dengan lebih cepat.
- Cuci tangan dengan segera selepas memotong bahan mentah untuk mengelakkan diri terdedah dengan bakteria pada makanan.
- Memakai baju yang selesa ketika memasak. Sebolehnya gunakan baju yang boleh menyerap peluh.
0 Komentar untuk "Selesa Memasak Kala Hamil"