Kebanyakan ibu bapa mengelak untuk meminta bantuan orang tua dalam mengasuh bayi kerana bimbang akan membebankan mereka, selain berpendapat datuk dan nenek ini akan terlalu manjakan cucu.
Konflik pola asuhan sering kali terjadi antara ibu bapa muda ini dengan datuk nenek. Mengapa ini terjadi? Namun konflik boleh dicegah dalam suasana komunikasi yang efektif, seperti berikut:
- Membicarakan secara terbuka mengenai harapan anda terhadap datuk nenek dalam menerapkan pola asuhan. Jelaskan anda dan pasangan sudah sepakat tentang cara pengasuhan anak.
- Hargai pendapat datuk nenek apabila mereka mempunyai cara pandang yang berbeza dengan anda. Namun tegaskan bahawa anda mempunyai tujuan mulia daripada cara anda mengasuh anak.
- Ajak datuk nenek untuk menambah pengetahuan tentang cara mengasuh anak, misalnya dengan mengajaknya mengikuti seminar pengasuhan anak atau membaca majalah dan buku bekaitan.
- Ajak datuk nenek berbahagi peranan dalam mengasuh anak. Misalnya anda yang membuat aturan dalam mendisplinkan anak, manakala datuk nenek ikut menerapkannya.
- Jelaskan pada oang tua bahawa perbezaan pola asuhan akan menimbulkan kekeliruan pada anak. Penerapan disiplin akan sukar berjalan seperti yang diharapkan.
- Jalin keakraban dengan datuk nenek agar tidak terjadi perselisihan faham. Misalnya dengan mengajaknya makan di luar atau rekreasi.
- Hindari perselisihan secara terbuka di depan anak.
0 Komentar untuk "Cegah Konflik Depan Anak"