Normal jika wanita berdepan dengan masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak. Mungkin pelbagai cara telah anda cuba, tetapi tidak berhasil. Jangan risau, ketahui cara mudah untuk atasi masalah ini.
Selepas tiga bulan bersalin, hormon estrogen dan progesteron akan menurun ke tahap yang normal. Perubahan hormon ini menyebabkan rambut bertukar menjadi fasa gugur dan kebanyakan rambut yang tidak gugur semasa hamil akan gugur mendadak.
Oleh itu, cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai dengan kulit kepala untuk menjaga kulit kepala.
Rawatan rambut organik atau herba amat diperlukan untuk menjaga kulit kepala. Pati herba perlu dipakai untuk mengaktifkan liang-liang rambut dan mencetuskan pertumbuhan rambut baru.
Jika liang-liang dibiarkan kosong, lama-kelamaan akan tertutup dan tidak tumbuh rambut. Makan makanan seimbang dan minum dua liter air sehari.
0 Komentar untuk "Petua Elak Rambut Gugur Selepas Bersalin"