PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

9 TANDA-TANDA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DIGANGGU SIHIR


9 TANDA-TANDA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DIGANGGU SIHIR

Allahurabbi , perkara yang semua pasangan tidak mahu terjadi dalam perhubungan mereka , pastinya sihir ini datang sama ada dihantar orang ketiga atau yang berhasad dengki dengan kehidupan pasangan itu yang dikecapi . 
Remaja kini , dunia serba canggih dan berteknologi pun masih ada juga yang melakukan perkara terkutuk ini . Jadi , mari kita semak samada hubungan suami isteri kita yang mungkin ada masalah dan selalu sahaja selisih faham walhal perkara kecil , mungkin anda ada dalam list tanda-tanda disihir

Antara tanda-tanda disihir atau diganggu jin :


  • suami atau isteri tidak mempunyai keinginan melakukan "persetubuhan " . Jika berlaku pastinya hambar dan tidak mempunyai nikmatnya 
  • suami atau isteri berasa rimas apabila berada di rumah , akan tetapi apabila keluar dari kawasan rumah berasa tenang .
  • suami atau isteri berasa tidak selesa pasangannya pulang ke rumah
  • melihat pasangan m,asing-masing seakan hodoh
  • mudah bertengkar walaupun perkara kecil
  • perkataan " cerai " sangat mudah dilafazkan dari suami dan sangat senang dipinta dari isteri
  • sering dilanda mimpi-mimpi buruk
  • suami atau isteri sering melihat bayangan atau lintasan di dalam rumah atau disekitar rumah
  • suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit perut , sakit lutut , sakit di tangan dan sebagainya
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas , ada kemungkinan suami isteri itu terkena gangguan jin atau sihir .

Jadi , antara langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini , boleh dilakukan sendiri atas izinNya ,insyaAllah .

  • pastikan tiada gambar atau lukisan makhluk yang bernyawa yang dipamerkan ( di almari , di dinding , di meja ) , selain itu patung-patung selain patung mainan  anak-anak . Gambar dan patung yang dipamerkan juga menarik lebih kuat untuk jin-jin dan menjauhkan malaikat-malaikat memasuki rumah kita
  • Tambah amalan seharian selain ibadah solat seperti membaca al-quran walau sepotong ayat
  • perbanyakkan memohon keampunan dosa silam dan lalu , buat perubahan meninggalkan perkara yang tidak baik itu terus dan istiqamah supaya permohonan doa senang dikabulkan Allah
  • Elakkan dari menonton atau memperdengarkan lagu-lagu yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah dan juga agama .
  • Wujudkan majlis taklim di rumah , bacakan bahan-bahan agama kepada ahli keluarga usai solat berjemaah untuk berbagi ilmu 
  • ahli keluarga yang tidak punyai sebarang urusan penting , seboleh-bolehnya melakukan solat secara berjemaah .
  • mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan .
Akhirnya , perbanyakkan berdoa kerana itulah senjata orang-orang beriman . - pingsamadia.blogspot.com
0 Komentar untuk "9 TANDA-TANDA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DIGANGGU SIHIR"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info