Ternyata artis remaja seperti Elfira Loy pun tidak mampu menahan keinginannya untuk memiliki telefon pintar kegilaan ramai iaitu iPhone 6.
Dek kerana itulah, dia sanggup menggadaikan sebuah ‘designer handbag’nya demi mendapatkan gajet tersebut.
Perkara itu dimaklumkannya menerusi akaun Instagramnya, dua hari lalu.
Tapi, ada juga pengikut yang mempersoalkan mengapa Elfira perlu menggadaikan beg berjenama
tersebut sedangkan dia mampu untuk membelinya dengan duit hasil lakonan.
Hai, biarlah cik kak oi…
Kalau ikutkan harga yang kami lihat di internet, anggaran harga iPhone 6 adalah sekitar RM2,300 hingga RM3,500.
Mungkin Elfira pun sudah tidak berminat untuk menggunakan beg tersebut, lebih baik dijual saja untuk
mendapatkan sesuatu yang lebih berfaedah, tak gitu?
0 Komentar untuk "Elfira Loy Sanggup Gadai Beg Berjenama Demi iPhone 6"