PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(4Gambar) Anzalna Nasir muatnaik gambar spender beserta wajah lelaki macam Azwan Ali


Mungkin kerana teringin sangat nak jadi kreatif, pelakon jelita Anzalna Nasir telah memuatnaik sekeping gambar spender yang digunting-gunting beserta gambar wajah seorang jejaka yang menyerupai Diva Azwan Ali.

Gambar tersebut disertakan dengan caption "Tengah cari spender.." telah mengundang lawak jenaka sebahagian peminatnya. Ada antara mereka mengakui tertipu kerana menyangka gambar lelaki itu ialah Azwan Ali padahal bukan.

Di sebalik idea pelik Anzalna itu, ada pula peminat menambah lawak jenaka dengan mengatakan bersedia untuk membeli brand baru spender yang diubahsuai seperti dalam gambar terbabit.

Nampaknya, aktres berusia 26 tahun ini mempunyai ramai peminat dari kalangan lelaki. Manakan tidak, kecantikan dan kejelitaan semulajadi miliknya menjadi antara daya penarik.


0 Komentar untuk "(4Gambar) Anzalna Nasir muatnaik gambar spender beserta wajah lelaki macam Azwan Ali"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info