PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(3Gambar) Penyepit Makanan Tertusuk Hidung Hingga Ke Otak

cucukhidung

BEIJING - Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya. Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.


Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.


“Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya. Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting.


Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku. Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit.




“Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya, lapor mStar.
0 Komentar untuk "(3Gambar) Penyepit Makanan Tertusuk Hidung Hingga Ke Otak"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info