PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(3Gambar) Amaran! Jangan Buka Botol Saka Ular




Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.



Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.








Gambar: Ular ini adalah jelmaan saka.siapa yang berasa kesian atau ingin tahu dengan membuka botol ini, saka tersebut akan mengikut orang yang membukanya kemana sahaja. Bermakna orang yang membukanya akan menjadi tuannya. Kita kena percaya wujudnya makhluk halus ini. Jika ilmu tinggi di dada, terserah. Semoga semua selamat.

Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allaah subhanahu nwa ta`ala. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.








DALILNYA:
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam Al-Quran.
Firman Allaah subhanahu nwa ta`ala.:
Maksudnya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." -
(Surah Al-Jin: 6)



Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
0 Komentar untuk "(3Gambar) Amaran! Jangan Buka Botol Saka Ular"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info