Seorang lelaki berasal dari Pittsburgh, Amerika Syarikat, menggelarkan dirinya sebagai seorang cyborg. Dia memasang implan cip komputer ke dalam lengan tangan kirinya. Dan dahsyat, pemasangan implan itu dilakukan sendiri tanpa prosedur bius.
Tim Cannon, lelaki yang menyebut dirinya sebagai 'do-it-yourself cyborg'. Dalam wawancara dengan salah satu channel di YouTube, Motherboard TV, Tom menjelaskan alasan pemasangan implan cip komputer tersebut ke tangannya.
Dia sengaja memasang cip tersebut yang kemudiannya bersambung ke tablet android miliknya melalui sambungan Bluetooth. Cip tersebut sengaja dimasukkan ke lengan untuk memantau suhu tubuhnya. Lampu berwarna hijau akan menyala dan kelihatan dari balik lengan Tim, ketika suhu badan lelaki tersebut berubah menjadi lebih panas atau sejuk. Canggihnya lagi, cip tersebut juga boleh memberikan mesej teks ke tablet android lelaki yang bekerja sebagai software developer di Grindhouse Wetware itu.
Tim mendakwa dirinya sebagai orang pertama yang melakukan implan cip komputer ke dalam tubuhnya. Dia tertarik melakukan hal itu agar boleh hidup lebih lama atau panjang umur.
"Aku ingin hidup hingga 1,000 tahun. Aku tidak mahu mati. Aku tidak mengerti kenapa ada yang mahu mati," katanya seperti dipetik NY Daily News.
Prosedur pemasangan implan cip komputer tersebut dilakukan Tim bukan di hospital. Menurutnya, tidak ada doktor yang mahu melakukan implan tersebut kerana memang melanggar peraturan pihak berkuasa.
Dia memasang implan cip komputer itu dengan bantuan 'body modification artist' dan pakar tatu Steve Haworth. Dahsyat, prosedur tersebut dilakukan tanpa bius. Dia hanya menggunakan ais untuk menahan rasa sakit.
"Banyak sekali kesakitan dan jeritan. Badan saya seperti sudah ditikam berkali-kali," ujarnya menggambarkan betapa menyakitkan prosedur pemasangan implan cip komputer itu
Anda mungkin juga meminati:
0 Komentar untuk "PELIK:Lelaki Dari Amerika Tanam Cip Komputer Dalam Lengan mengaku Cyborg!!"