PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

'Orang Minyak' Buat Gempar Ditangkap Pada Pagi Raya Di Melaka

Mengikut laporan akhbar China Press orang ramai di sekitar Dataran Pahlawan Melaka digemparkan dengan "Orang Minyak" yang berjaya di tangkap oleh orang ramai. Seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya berjaya di tangkap, lelaki tersebut yang badan nya berlumuran minyak hitam mengemparkan orang ramai. Orang minyak ini cuba untuk mengusik orang ramai, khasnya perempuan di sekitar tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan. Orang minyak tersebut dikatakan agak kuat dan cuba melarikan diri, Pengawal Keselamatan turut mendapati satu botol yang berwarna hitam dengan lelaki terbabit. Lelaki terbabit di tangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
0 Komentar untuk "'Orang Minyak' Buat Gempar Ditangkap Pada Pagi Raya Di Melaka"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info