PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Penyokong Argentina Mengamuk Messi Sokong Israel





messi sokong israel
Penyokong Argentina Mengamuk Messi Sokong Israel

Beberapa keping gambar bintang kelab Barcelona, Argentina iaitu Leonel Messi mula tersebar luas di laman sosial ekoran daripada serangan Israel ke atas Gaza, Palestin beberapa hari lepas. Ramai penyokong tegar kepada bintang bolasepak ini mula “mengamuk” dan mula membenci beliau.

messi keturunan yahudi

Sekeping gambar Messi beramah mesra bersama Perdana Menteri Israel.
Biarpun Argentina berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2014, tetapi ekoran daripada tersebarnya gambar-gambar ini ramai penyokong Argentina mula beralih arah tidak menyokong pasukan itu atas alasan “memboikot” orang Yahudi. Jutaan penyokong seluruh dunia khususnya orang Islam mula berpaling arah dari menyokong Argentina.

Sebenarnya gambar ini adalah gambar lama yang telah dimuatnaik di page rasmi pasukan Barcelona. Gambar ini dirakamkan pada tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada keamanan Palestin dan Israel.
Satu gambar yang menimbulkan kebencian ramai penyokong Messi ialah gambar pemain itu memegang kemeja-t dengan tertulis perkataan “Berdiri Bersama Israel”.
Untuk pengetahuan semua, Messi adalah keturunan Yahudi dan berasal dari keluarga pendatang Yahudi di Argentina. Neymar iaitu pemain Brazil juga dikatakan keturunan Yahudi. Ada juga yang berkata kelab gergasi bolasepak iaitu Barcelona dimiliki oleh Yahudi. Sejauh mana kebenaran belum dapat dipastikan lagi.

sumber

View the original article here

0 Komentar untuk "Penyokong Argentina Mengamuk Messi Sokong Israel"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info