PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Padah Pakai Pakaian Menjolok Mata,Aktres Ini Kena Tampar Oleh Penonton


Sewaktu rancangan yang bersiaran secara langsung di Film City, Goregaon, Mumbai itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Namun sewaktu rakaman berhenti seketika untuk tujuan laluan iklan, tanpa semena-mena seorang jejaka yang dikenali dengan nama Akil Malik telah naik ke atas pentas dan menampar muka Gauhar.

Tindakan tersebut membuat para penonton yang hadir terkejut malah Gauhar turut terpinga-pinga sebelum menjerit ke arah lelaki tersebut yang telah memalukan dirinya dengan insiden yang berlaku.

Tidak lama selepas itu, krew dan pasukan keselamatan tiba dan menangkap Akil Malik sebelum diserahkan kepada pihak polis India. Apa yang lebih memalukan, video saat Gauhar ditampar menjadi viral di laman sosial media dan serba sedikit memberi impak yang cukup besar buat dirinya.


Akil yang ditahan pihak berkuasa disoal siasat dan mengaku terlalu marah dan geram dengan cara pemakaian Gauhar Khan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk seorang wanita muslim.

Sehingga kini Gauhar belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden yang memalukan ini namun sumber terdekat mengakui dia kini sedikit fobia dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. 
0 Komentar untuk "Padah Pakai Pakaian Menjolok Mata,Aktres Ini Kena Tampar Oleh Penonton"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info