PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

20 Petua Memenangi Hati Isteri



Hidup di alam rumah tangga ini sememangnya ada pasang dan surutnya.. namun seseorang suami atau si isteri perlulah bijak dalam mengurus rumahtangga agar mahligai yang dibina tidak terus dilanda badai. Di sini saya sertakanlah serba sedikt petua-petua yang perlu dilakukan untuk memenangi hati isteri, ( kepada yang belum kahwin, boleh baca sebagai ilmu pengetahuan, apabila memasuki alam perkahwinan nanti, tahu la serba sedikit kan..!)
  1. Bila anda pulang ke rumah ( si suami ), carilah dia ( tu isteri la..) sebelum anda melakukan perkara lain, dan peluklah dia.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk dilakukan pada hari itu.
  3. Latih diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Cuba selesaikan masalah si isteri, tunjukkan sifat yang anda benar-benar memahami apabila ada sebarang masalah timbul.
  5. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. ( jangan memasak kat kedai..!)
  6. Selalu memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya..( puji sajalah..)
  7. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa telefon atau sms dan bagitahu kenapa anda lewat.
  8. Bawakan hadiah kepadanya yang mengejutkan pada bila2 masa, lebih-lebih lagi pada hari lahir ke, atau sebarang perayaan yang bermakna padanya..( ada duit lebih beli la rantai atau gelang emas ke..)
  9. Bila bercakap dengan isteri, berilah perhatian, jangan bercakap sambil lewa sahaja..
  10. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan dulu buku ke, majalah ke, tutup tv dll. Beri tumpuan padanya..( kalau x nanti tersinggung nanti..)
  11. Bila anda perlukan masa untuk bersendiri, akibat gusar ke, katakan padanya anda perlu bersendirian..
  12. Jika si isteri berleter ke ape ke..jangan menyampuk..( diam saja..)
  13. Akui perasaannya semasa dia sedang marah..
  14. Rancanglah masa untuk bersamanya.
  15. Jangan sekali-kali berbohong dan amalkan sikap berterus terang..( dalam hal ni istilah bohong sunat tak ada ya..!)
  16. Tawarkan bantuan kepada isteri apabila dia merasa letih atau penat.. (bantu lah apa yang patut..)
  17. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh suami dapat menghangatkan jiwanya..
  18. Semasa dia memarahi anak, sebaik-baiknya suami tak perlu menyampuk ( diam saja dulu..)
  19. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar isteri tidak kelam kabut membuat persediaan ( untuk orang yang jauh nak balik kampung…)
  20. Setiap waktu pagi nak pergi kerja/ peluklah isteri dulu.
0 Komentar untuk "20 Petua Memenangi Hati Isteri"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info