PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

GEMPAR! Pembohongan Disebalik Pembinaan Piramid Mesir



Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan bahawa piramid telah dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Firaun Khufu atau Cheops. 

Namun yang sebenarnya piramid tersebut telah lama dibina berkurun oleh kerajaan yang sebelumnya. 

Ternyata firaun-firaun Mesir hanya membaik pulih piramid yang diwarisi oleh mereka sahaja. 

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. 

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? 

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. 


Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. 

Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. 

Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. 

Rahsia Piramid 

Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah; 

Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden 


Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden. 

Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden 


Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. 

Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World’s Fair di Chicago tahun 1893. 

Antenna tanpa wayar 



Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah. 

Sebuah arca atau komponen mesin? 


Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat. 

Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. 

Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno? 

Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan 



Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah Al-Quran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya. 

Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja. Wallahu a’lam.
0 Komentar untuk "GEMPAR! Pembohongan Disebalik Pembinaan Piramid Mesir"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info