PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Tips Suami Isteri - Bahagia ke Hujung Nyawa

Assalamualaikum... ♥.. Salam Sejahtera kepada semua.. Baru-baru ini lady jumpe tips tuk pasangan yang dah berkahwin.. tp lady jumpe sebelum lady kahwin lagi.. maka time tu xde mood lagi nak masukkan di sini, just diletakkan dalam draf jerk.. Hr ni lady nak kongsi dengan sahabat semua.. mungkin kite boleh prektikkan sesama.. ♥ Lady dengar, kalau kita jaga hubungan antara suami isteri, hidup dengan harmoni, berkasih sayang, bertoleransi.. sudah pasti Allah akan memberi kita anak-anak yang kaya dengan sifat penyayang.. Insya-Allah.. 

Bahagianya hidup burung ini ♥
 Ini lady senaraikan amalan untuk menambahkan lagi seri rumahtangga.. menambahkan ruang tuk membuat pahala.. Pahala dapat, hati pun gembira  ♥

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Semua petua ini kite cube amalkan sebaik-baiknya selagi kita mampu.. Biar kita tidak cantik, tidak kaya, asalkan kita cuba untuk bahagia.. sudah pasti bahagia tetap menjadi milik kita.. Insya-Allah.. ♥

0 Komentar untuk "Tips Suami Isteri - Bahagia ke Hujung Nyawa"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info