Assalamualaikum wbt.. ♥
Kali ini lady ingin membicarakan tentang perkahwinan. Cuti sekolah telah bermula, dan akan berakhir tidak lama lagi. Ramai sahabat yang telah berkahwin dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. ♥ Kebiasaannya cuti sekolah akan dipilih memandangkan pada cuti sekolahlah ramai sanak saudara yang dapat berkongsi hari bersejarah itu.
Lady bila ek? hihihihi.. Insya-Allah akan menyusul.. Sebab Lady yakin dengan amat.. Setiap yang Allah jadikan di dunia ini, samada yang kita tahu kewujudannya, dan yang kita tidak tahu adalah dicipta secara berpasang-pasangan. Dan pasangan lady telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi.. ♥
Dan lady yakin, pasangan lady sedang berusaha mencari lady sekarang.. Telah ketemu mungkin ♥♥♥ Insya-Allah.. Mungkin inilah fitrah semulajadi yang menggerakkan para makhluk-Nya supaya sentiasa merindukan pasangan hidup yang berlainan jenis dan akan merasainya saat mereka bertemu. Seperti tarikan besi kepada magnet. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan naluri sebagai penentu siapa pasangannya. ♥
Setiap wanita merindukan seorang lelaki untuk berkongsi kebahagiaan dan kedukaan dalam jiwanya. Begitu juga seorang lelaki dahagakan belaian kasih sayang seorang wanita untuk melengkapi hidupnya. Tanpa salah satu, pincanglah hidup sebagai manusia yang sempurna.
Lady pernah menonton sebuah rancangan Indonesia di TV al-Hijrah, Lorong Waktu. Terdapat satu babak perbualan di antara seorang wanita yang kepingin untuk melengkapi hidupnya dengan berkahwin dengan Mas Husin dengan tiga orang wanita yang telah bersuami. Mereka berkata, berkahwin menjadikan hidup mereka SEMPURNA. Adakah wanita yang tidak berkahwin maksudnya TIDAK SEMPURNA?
Terdapat juga orang yang tidak mahu berkahwin disebabkan menghadapi masalah-masalah tertentu yang tidak dibenarkan oleh syarat. Namun, perkahwinan merupakan satu-satunya jalan bagi mendapat iman yang sempurna. Orang yang tidak berkahwin, tidak sempurna imannya. Orang yang memahami hakikat ini tentu mencintai sebuah perkahwinan dan berusaha untuk berkahwin secepat mungkin.
Pernikahan dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala. Walaupun hanyalah memegang dan membelai tangan pasangan kita sudah berguguran dosa-dosa jatuh daripada celahan jari jemari. Subhanallah hebatnya dan mudahnya bagi pasangan yang telah berkahwin bebas daripada belengu dosa. Subhanallah.
Sahabat-sahabat lady di sini yang belum berkahwin, jom kite kahwin cepat2 ♥♥♥.. Tahniah kepada sahabat-sahabat office lady yang telah bertunang, akan bertunang, telah berkahwin dan akan berkahwin pada tahun ini.. Lady bahagia andai korang bahagia.. sayang korang sangat2..
0 Komentar untuk "Nikah Itu Fitrah"