Salam hormat,
Dewasa ini kejadian jenayah dan ancamandaripada musuh boleh terjadi di mana-mana. Oleh itu penting rasanya untuk kita tahu apatindakan yang perlu diambil sekiranya kita berdepan dengan situasi yang tak disangka sebegini. Maklumlah, 'Malang Tidak Berbau'...
Berikut yang boleh anda lakukan sebagai persediaan...
1. Kekuatan Fizikal
Kuatkanlah fizikal anda. Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yang dapat membantumenguatkan tubuh anda. Sebagai contohnya, aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda. Tanpa kekuatan, tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampumenewaskan penjenayah.
2. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi
Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul. Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda. Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong. Namun, anda memerlukandaya tahan kardiovaskular yang tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.
3. Jarak Anda.
Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya, pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka. Wujudkan sempadandengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter. Bercakap dengan nada suara yang tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya. Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayah walaupun sedetik. Ini akan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan.
4. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri
Hadirlah ke mana – mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri. Belajarlah sebanyak mungkin yang anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diridari pegangan atau pelukan, bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawandalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di lantai.
Jangan guna teknik ni untuk pukul orang lain sudah la ye =)
0 Komentar untuk "Tips & Panduan Mempertahankan Diri - 4 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan"