PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Lamaran Yang Unik Bertukar Menjadi Padah, Kren Hempap Bumbung Rumah Jiran Kekasih


Setiap pasangan tentu menginginkan sesuatu perkara yang dilakukan sekali dalam seumur hidup iaitu perkahwinan akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Namun ini yang terjadi kepada satu pasangan dari Belanda ini. 

Seorang lelaki merancang untuk melakukan suatu kejutan kepada kekasihnya apabila dia melamar kekasihnya untuk dijadikan isteri dengan cara yang paling unik dan akan diingati sampai bila-bila. Namun ianya sememangnya akan diingati bukan sahaja kepada kekasihnya malah kepada seluruh kejiranan tempat kekasihnya menginap. 

Cincin sudah dibeli, waktu yang sesuai dipilih dan kren telah disewa khas untuk melakukan kejutan istimewa itu. Bagaimanapun rancangan lelaki berkenaan gagal apabila berlaku kemalangan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapapun.

Hasratnya untuk dilihat tergantung secara romantik di luar tingkap bilik tidur kekasihnya bagi membuat lamaran itu dengan menggunakan kren tidak kesampaian.

Kren yang membawanya bersama cincin lamaran itu secara tiba-tiba tumbang dan menghempap bumbung rumah jiran kekasihnya.

Keadaan itu disebabkan kedudukan kren yang tidak kukuh dan kejadian bertambah buruk apabila ia turut merosakkan beberapa rumah lain di bandar IJsselstein, Belanda.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Penghuni di enam unit apartment di kawasan sekitar terpaksa dipindahkan dan datuk bandar itu dipercayai telah mengisytiharkan bangunan itu tidak selamat.

Walaupun kejadian itu tidak berlaku seperti yang dirancang, kekasihnya menerima lamarannya dan pasangan berkenaan dipercayai meraikannya di Paris.

0 Komentar untuk "Lamaran Yang Unik Bertukar Menjadi Padah, Kren Hempap Bumbung Rumah Jiran Kekasih"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info