PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Laman web FAM digodam


Laman web FAM digodamBeberapa ayat dalam laman web FAM diubah dalam bahasa Vietnam tetapi ikon lain termasuk logo FAM tidak disentuh. - Foto: theskop.com
Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak dapat mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, hanya muka depan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.

Godaman berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam tadi (Ahad) yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Laman web FAM digodam susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan yang dicemari insiden penyokong Vietnam dibelasah penyokong Malaysia.


Buat masa ini laman web FAM ditutup sementara waktu untuk penyelenggaraan.

fam web 2

Ini bukan kali pertama laman web persatuan itu digodam. Insiden sama pernah berlaku pada 2011 dan 2012 atas beberapa isu termasuk harga tiket perlawanan akhir yang mahal.
0 Komentar untuk "Laman web FAM digodam"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info