RAP- Assalamualaikum kawan-kawan yg dikasihi, khususnya kepada kaum isteri atau yg belum jadi isteri, disini RAP nak kongsikan ADAB MELAYAN SUAMI DALAM ISLAM. Mana-mana yg terlebih atau terkurang tu, RAP minta maaf ye... RAP terbaca bahan ni kat internet, jadi ingin rasanya nak kongsi dengan kawan-kawan semua...
...............................................
Sebagai isteri, tahukah anda akan cara terbaik dan adab dalam melayani suami? Jika belum mengetahuinya, panduan berikut mungkin boleh membantu.
1. Sekiranya suami marah, isteri patut mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Sekiranya anda berdegil, suami mungkin akan keluar dari rumah atau tidak bertegur sapa dengan anda.
2. Sekiranya suami pulang ke rumah, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.
3. Ada kalanya suami suka mengusik isterinya. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Ia merupakan sikap yang tidak matang dan keanak-anakan. Sebaliknya tunjuklah sikap sporting dan ketawalah dengan usikannya.
4. Jika suami berhajat sesuatu, hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh dengan suami.
5. Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.
6. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengan nya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah.
7. Mintalah izin dari suami terlebih dahulu sebelum berpergian dan menggunakan harta suami baik kereta mahu pun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap pergi dan guna dahulu beritahu kemudian.
8. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Ikutlah pepatah Inggeris, '' a away to win a man's heart is through his stomach''.
9. Jangan biarkan suami memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami. Jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Suami akan berasa bangga sekiranya pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.
10. Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
11. Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan tunggu suami minta, sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.
12. Jangan membuat perkara yang boleh memebebankan atau menyusahkan hati suami seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran. Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur.
13. Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan sepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh mengecilkan hati suami. Setiap pemberian suami itu ada nilainya yang tersendiri.

0 Komentar untuk "ADAB MELAYAN SUAMI DALAM ISLAM"