PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

5 Pekerjaan Dengan Bayaran Tertinggi di Malaysia

5 Pekerjaan Bayaran Tinggi
"Bila besar nanti kamu mahu jadi apa?" Soalan paling 'popular' yang sering ditanya kepada kanak-kanak ketika mereka masih lagi di bangku sekolah rendah; ada juga yang ditanya ketika masih di tadika. Sungguh kompetitif ibu bapa zaman moden ini. Jawapan yang diberikan oleh budak-budak ini selalunya yang kita biasa dengar seperti peguam, jurutera dan doktor. Mereka yang lebih kreatif akan memberikan jawapan-jawapan pelik seperti Superman, Batman, perdana menteri, badut dan lain-lain lagi.
Namun begitu, berapa ramaikah kini yang benar-benar mencapai cita-cita zaman kanak-kanak mereka? Berdasarkan kaji selidik yang kami perolehi (sumber: SalaryExplorer.com), berikut merupakan 5 pekerjaan yang dikategorikan sebagai menerima bayaran paling tinggi di Malaysia. Kami akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengapa pekerjaan-pekerjaan ini menerima bayaran paling tinggi, jadi bacalah artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas tentang pekerjaan-pekerjaan ini!
 
Pekerjaan
Purata Gaji Bulanan
JuruterbangRM35,000
Akauntan SeniorRM30,000
Jurutera BahanRM28,000
Pengarah Perhubungan KerajaanRM27,000
Ketua Kumpulan dalam industri Minyak dan Gas / Tenaga / PerlombonganRM26,500
1) Juruterbang - Juruterbang atau Pilot! Selain menerima gaji purata RM35,000 sebulan, seorang juruterbang juga sudah tentu berpeluang untuk pergi dan melawat ke tempat-tempat menarik dan eksotik seluruh dunia. Gaji juruterbang dibayar dengan jumlah yang tinggi kerana kelayakan dan latihan khusus amat diperlukan oleh seseorang juruterbang, di mana ia membolehkan mereka menjadi orang penting dan dipercayai serta bertanggungjawab menerbangkan beratus-ratus 'nyawa' dari sebuah negara ke negara lain. Walaubagaimanapun, mereka juga dibayar berdasarkan jam penerbangan dan jenis pesawat yang dipandu, samada untuk Malaysia Airlines mahupun AirAsia. Ini bermaksud, mereka perlu berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan senioriti dalam perkhidmatan dan jawatan.
2) Akauntan Senior - Gaji purata untuk jawatan ini adalah RM30,000 sebulan dan jika anda seorang yang sukakan angka dan pengiraan, anda tentunya akan bergembira dengan pekerjaan ini! Antara syarikat ternama yang menawarkan gaji lumayan untuk seorang akauntan adalah seperti KPMG dan PwC. Akauntan Senior adalah merupakan tonggak atau watak utama dalam mana-mana syarikat. Ini kerana mereka mempunyai tugas penting, bukan sahaja mengekal dan menstabilkan akaun induk syarikat, tetapi juga memastikan integriti perakaunan dengan mematuhi syarat dan undang-undang yang sah dalam sistem perakaunan.
3) Jurutera Bahan - Jurutera bahan bukan sahaja menguji bahan yang digunakan untuk membuat pelbagai jenis produk seperti dari cip komputer hinggalah ke kayu hoki, tetapi mereka juga ditugaskan untuk mencipta dan mengembangkan cara-cara baru untuk menggunakan bahan-bahan sedia ada. Bagi Institut Bahan Malaysia, persamaan yang ada dalam individu adalah kepentingan dalam bahan dan bagaimana ia berfungsi. Kedengaran agak mudah bukan dengan kajian dan kemahiran tertentu yang diperlukan, tetapi jika anda fikirkan kembali, mereka dibayar dengan gaji purata sebanyak RM28,000 sebulan!
4)  Pengarah Perhubungan Kerajaan - Kita semua sedia maklum bahawa jawatan ini adalah dalam sektor kerajaan dan memberikan jaminan kerjaya serta faedah-faedah yang sangat bagus. Jawatan ini menawarkan gaji bulanan berpurata RM27,000. Bukan sahaja mereka perlu melaksana dan mengarah dalam hubungan kerajaan dan diplomatik di peringkat negeri dan pusat, tetapi mereka juga diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas lain seperti melibatkan diri dalam pakatan dan membina hubungan rasmi kerajaan dengan penggubal undang-undang.
5) Ketua Kumpulan dalam industri minyak dan gas / tenaga / perlombongan - Ia juga dikenali sebagai salah satu lagi pekerjaan yang berisiko tinggi, jadi tidak perlulah untuk terkejut jika seseorang yang memegang jawatan ini dalam industri yang dinyatakan memperolehi pendapatan bulanan berpurata RM26,500. Industri-industri ini (seperti Petronas dan TNB) memerlukan pekerjanya terlibat dengan voltan berkuasa tinggi (paling tinggi) ataupun terlibat dengan pelbagai bahan mentah seperti minyak dan bijih. Pekerjaan ini selalunya memerlukan mereka untuk berada jauh dari keluarga untuk suatu jangka masa yang agak lama terutama jika anda ditugaskan untuk berada di off-shore. Tambahan pula, pekerjaan ini terdedah kepada bahaya voltan berkuasa tinggi atau bahan mentah yang tidak menentu.
Ta da! inilah 5 jenis pekerjaan yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia! Bagi anda yang merancang untuk menukar pekerjaan, atau masih belum membuat keputusan tentang bidang atau jurusan apakah yang ingin anda ambil di kolej atau universiti, bolehlah mecuba bidang-bidang di atas!
0 Komentar untuk "5 Pekerjaan Dengan Bayaran Tertinggi di Malaysia"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info