PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu

Astro Awani |Kemas kini:November 19, 2014

email
comments
Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu
Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu
KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Exist ditahan polis tengah hari tadi kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Penyanyi itu yang berusia 34 tahun ditahan berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 tengah hari setelah pihak polis bertindak maklumat dadah.

Penyanyi yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak dan dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Penyanyi itu menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut.

Sealin itu dia turut  membintangi beberapa buah filem antaranya ialah filem Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Mistik, Kuliah Cinta dan Tangkai Jering.
0 Komentar untuk "Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info