PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Nokia Kembali Bersama Kejutan - Nokia N1


Sebelum ini, Nokia telah memberikan sedikit 'teasing' kepada umum dengan satu poster yang memaparkan sebuah kotak hitam dengan tajuk "We're up to something", yang bertarikh 18.11.14.



Hari ini nokia secara rasminya mendedahkan isi kotak hitam misterinya kepada umum. Dan tanpa disangka-sangka ia sebenarnya adalah sebuah tablet Android!. Jadi tablet ini adalah tablet Android pertama yang dikeluarkan oleh Nokia.



Jika dilihat pada design, tablet terbaru ini seolah-olah ingat menjadi saingan kepada iPad keluaran Apple, kerana saiznya yang menyerupai gadget berkenaan,


Jika dilihat kepada spesifikasinya pula, tidak kurang hebatnya. Tablet yang diberi nama N1 ini dilengkapi dengan prosessor quad-core Intel Atom Z3580 yang berkelajuan 2.4Ghz. Selain itu ia juga dilengkapi dengan 2GB RAM dan juga storan sebanyak 32GB,

Bercakap tentang kamera pula, dibelakang ianya dilengkapi dengan kamera 8 megapixel dan di depan 5 megapixel, sesuai bagi penggemar selfie.

N1 menggunakan sistem pengoperasian android 5.0 atau Lolipop, sistem terbaru bagi Android.

0 Komentar untuk "Nokia Kembali Bersama Kejutan - Nokia N1"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info