PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

( 4 Gambar) Lelaki Ini Dilahirkan Keadaan Jantung Di Perut

Kita seharusnya perlu bersyukur jikadilahirkan dalam keadaan normal fizikal dan mental. Di China, terdapat seorang lelaki yang hidupnya amat berbeza dengan orang lain. Perbezaaan ketara ini dapat dilihat di bahagian perutnya. Terdapat satu benjolan yang wujud. Sebenarnya ia bukanlah satu ketumbuhan, akan tetapi ia jantung yang dilahirkan dalam keadaan jantung di perut. Boleh lihat gambar di bawah ini.

jantung1

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang selama hayatnya terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan berkenaan.
Keadaan yang dialami oleh Huang Rongming yang berasal dari Henan itu menyebabkan jantungnya kelihatan terbonjol. Ia juga menyebabkan Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.
Penyakit tersebut hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan pesakit akan meninggal dunia sebaik dilahirkan.
jantung2
jantung3
jantung4

0 Komentar untuk "( 4 Gambar) Lelaki Ini Dilahirkan Keadaan Jantung Di Perut"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info