PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Tips Berguna Bagaimana Menyelamatkan Telefon Anda Yang Terjatuh Dalam Air

   Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya air di atas telefon dan              barangan elektronik adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah          untuk menyelamatkannya?
   Semestinya salah satu cara adalah membawanya ke kedai telefon berdekatan. Namun, ia mungkin      mengambil masa, ataupun sukar dilakukan sekiranya kedai berdekatan tutup dan sebagainya.
Keluarkan bateri serta-merta
   Untuk mengelakkan daripada telefon anda menghadapi                sebarang masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan              adalah mengeluarkan bateri serta-merta, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya litar-pintas dan sebagainya.
   Bagi anda yang menggunakan telefon dengan bateri terbina seperti iPhone, One X dan sebagainya,    anda boleh mematikan peranti anda serta-merta, dengan menekan butang kuasa padanya.
   Sebaik sahaja mengeluarkan bateri, keringkan peranti, bateri dan pelbagai perkara lain (kad-SIM,        mikro-SD) dengan menggunakan kain ataupun tuala.
  Walaupun anda berjaya menghilangkan air daripada peranti anda, kebarangkalian untuk peranti           anda mempunyai kelembapan di bahagian dalam dan sebagainya adalah tinggi. Untuk itu, para            pengguna dinasihatkan untuk menggunakan silica gel (yang biasa terdapat dalam ubat untuk               mengekalkan kekeringan). Namun, memandangkan ia sukar untuk didapati, salah satu alternatif            adalah menggunakan beras.                                                                                                                  
  Di arena internet, ramai yang berkongsi kisah mereka, mengatakan penggunaan beras adalah salah    satu kaedah yang baik untuk menghilangkan kelembapan daripada peranti mereka.    
   Anda boleh meninggalkan peranti anda didalam bekas berisi beras antara 24 jam hingga ke 72 jam,    dan kemudiannya mencuba untuk menghidupkan kembali peranti anda.
   Walaupun kaedah ini adalah salah satu perkara yang popular, namun mungkin tidak memberikan        hasil yang baik kepada semua pengguna. Sekiranya anda mempunyai kaedah tersendiri, jangan          lupa berkongsi bersama kami.
0 Komentar untuk "Tips Berguna Bagaimana Menyelamatkan Telefon Anda Yang Terjatuh Dalam Air"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info