Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca nukilan kasih suci? harap semuanya ceria dan berbahagia sentiasa. Hari ni Kasih Suci nak terangkan beberapa ciri lelaki yang kita rasa layak bergelar suami. Bagaimanakah ciri-cirinya?
1.Penyayang-Dia wajiblah bersifat penyayang. Kalau tak sayang mana nak hadir cinta. Macam mana nak berkasih sayang melayari sebuah perkahwinan dan berkongsi suka duka perkahwinan bukan begitu?
2.Bertanggung jawab- Lelaki itu hendaklah seorang yang bertanggung jawab. Sentiasa peka pada kekurangan, kesusahan dan apa saja yang berlaku pada pasangannya. Ini sangat penting kerana jika dia jenis tak ambil berat dan jenis tak ambil peduli, lintang pukang rumah tangga nanti. Beras habis dia buat tak faham saja. Bil api air harap isteri yang bayar. Semuanya mereka anggap mudah dan boleh goyang kaki
3.Pandai memujuk-Wanita ni kuat merajuk bila terasa diabaikan. Bila rasa nak perhatian pasti mereka mula merajuk. Kalau lelaki jenis tak tau memujuk tu tak perlu lah korang ambil buat suami. Makan hati berulam jantung lah jawabnya. Bukan susah pun memujuk wanita ni, tapi biasanya ego lelaki sangat tinggi untuk memujuk. Kalau pujuk kan tandanya sayang dan prihatin?
4.Kukuh Kewangan-Ini sangat penting. Jika tiada sumber kewangan macam mana nak hidup berkeluarga. Perlukan rumah untuk menginap, perlukan wang untuk beli makanan dan pakaian serta perbelanjaan anak-anak juga. Jika rasa gaji lelaki tu leapas untuk mereka sendiri saja dan perlu hulur wang dari poket kita untuk isi perut sendiri nanti…fikir masak-masak. Jangan menyesal di kemudian hari. Kebahagiaan bukan dari wang ringgit. Tapi wang ringgit menjamin kehidupan yang sempurna.
5.Patuh Pada Agama-Jika dia patuh pada agama..insyaAllah dia baik orangnya dan faham tanggung jawabnya. Dia tau apa yang wajib dan apa yang harab untuk dia lakukan dalam menjadi ketua memandu kehidupan berkeluarga nanti.
6.Penyabar-Ini sangat penting. Kadang kala berlaku pertelingkahan, salah faham atau apa saja yang memungkin kan berlakunya pertengkaran manja antara kita dan dia. Andai kata dia seorang yang panas baran beberapa kemungkinan akan berlaku mungkin dipukul, ditumbuk, dibaling ke dinding, di ceraikan atau mungkin juga dibunuh…siapa tau kan?
7.Boleh terima keluarga kita-Jika dia nak nikahi kita perlulah dia terima keluarga kita seadanya. Jangan hanya nak kita tapi tak suka bertandang ke rumah keluarga kita. Tak suka adik beradik kita. Tak suka mak ayah kita. Dari awal perkenalan tu perhatikan bagaimana dia bergaul dengan keluarga kita. Adakah dia mesra atau merasa kekok.
8.Matang-Lelaki itu perlulah matang dalam tindakannya. Matang tak bererti lebih tua atau berusia dari kita. Biar lebih muda sedikit tapi matang membuat keputusan dalam hidup dari lelaki yang lebih tua tapi keanak-anakan.
9.Jangan pilih ‘anak mak’-Faham istilah ‘anak mak’? Anak mak ni anak yang manja sangat dengan mak dia sampaikan segala keputusan pasti dia rujuk pada emaknya. Nak beli kereta mak kena setuju, gaji hampir semua bagi mak dia. Nak beli rumah tanya mak suka ke tidak. Nak kahwin kena tanya mak warna tema mak suka ke tidak. Semua kena tanya mak, kalau mak tak suka dia tak berani tentang walau dia pun tak setuju.
Walau syurga di bawah tapak kaki ibu, tapi jika lelaki itu ‘anak mak’ AWAS! anda akan merana seumur hidup jika berkahwin dengan lelaki seperti ini. silap-silap nama anak korang pun mertua yang pilih. Baju raya suami korang pun nanti mertua korang yang belikan…makan pakai semua dia yang aturkan. Makan hati? tak mau kan?
10-Suka anak kecik-Wajiblah dia sukakan anak kecil. Dah kahwin pastilah perlu ada zuriat. Ada juga orang yang tak sukakan anak kecil kata mereka serabut dan merimaskan. Sanggupkah korang hidup dengan dia saja tanpa anak? fikirkan lah.
Banyak lagi ciri-ciri lelaki yang perlu ada untuk kita nilai layakkah dia menjadi suami kita. Kasih berikan 10 dulu buat masa ini. Moga Allah mempertemukan kita dengan insan terbaik buat kita…amin.
0 Komentar untuk "Ciri-Ciri Lelaki Yang Layak Jadi Suami"