China – Ewww memang geli mendengar cerita ini. Seorang wanita yang pernah makan katak hidup-hidup ketika kecil, akhirnya terpaksa menanggung kesannya apabila parasit sepanjang 8cm dikenalpasti bersarang di otaknya.
Parasit tersebut dikesan menjangkiti wanita itu, Yin Meng, 29, selepas dia makan katak ketika berusia lima tahun.
Keadaan itu hanya disedari oleh Yin Meng selepas dia terpaksa menanggung sakit kepala selama enam tahun.
Kemuncak kes itu berlaku apabila Yin Meng jatuh pengsan di pejabat.
Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesan benda dalam otaknya, namun mereka tidak mengetahui apa benda itu dan bagaimana mahu membuangnya.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital dan diberikan ubat. Namun selepas Yin Meng pengsan sekali lagi, barulah doktor terpaksa membuat keputusan dengan membedah kepalanya.
Hasilnya, mereka menemui parasit tersebut yang dipanggil Sparaganosis dalam otaknya.
Selepas sedar dari pembedahan dan dimaklumkan mengenai parasit itu, barulah Yin Meng mengingati saat-saat di mana dia dan neneknya makan katak hidup-hidup.
“Ketika usia lima tahun, saya selalu menangkap katak dan makannya dengan nenek saya.
“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya.- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Padah Telan Katak Hidup-Hidup, Parasit Bersarang Di Otak"