PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Jangan Sesekali Pulang Ke Malaysia! - Khairi Jamaluddin



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman twitternya hari ini meminta supaya aktivis muda Ali Abdul Jalil yang kini lari ke Sweden mencari perlindungan politik agar tidak kembali lagi ke Malaysia.
“Jangan sesekali pulang semula,” kata Khairy dalam tweetnya.
Petikan tweet Khairy Jamaluddin
Petikan tweet Khairy Jamaluddin
Kenyataan itu sebagai reaksi Khairy kepada kemas kini Ali di laman Facebooknya yang menyatakan bahawa dia sudah pun menerima kad suaka politik daripada kerajaan Sweden.
Ali sebelum ini banyak menulis kutukan dan penghinaan kepada institusi beraja di Malaysia melalui laman sosial Facebooknya.
“Sekarang aku pegang kad suaka, bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin (Perjanjian Suaka).

MENARIK – Pasport Ditarik Balik… Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang

“Aku tak tertakluk bawah undang-undang bangsat kerajaan UMNO,” kata Ali di laman Facebooknya.
Ali bertindak lari ke Sweden selepas ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan-kenyataan yang menghina Sultan di laman Facebooknya.

Semalam, kerajaan telah pun membatalkan pasport Ali dan seorang lagi iaitu blogger seks Alvin Tan yang turut melarikan diri ke Amerika Syarikat mencari suaka politik. 
0 Komentar untuk "Jangan Sesekali Pulang Ke Malaysia! - Khairi Jamaluddin"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info