PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Berbaloikah Membeli Honda Civic EK???




Baru-baru ini seorang member aku, bukan kaki kereta tegar tetapi merupakan seorang peminat kereta yang agak sengkek (macam aku..hehehe) telah call aku dan bertanyakan pendapat tentang Honda Civic EK. Sekarang ni dia tengah pakai Proton Wira 1.5 auto (minyak kuat maaa…) dan bercadang untuk ‘angkat’ sebuah Civic EK.
Ok, Honda Civic EK dikeluarkan bermula tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selain EK, model EJ juga dikeluarkan pada tahun yang sama, bezanya model EJ agak lower specnya. Model EK yang paling best sudah tentu yang bernadikan enjin ‘killer turbo’ iaitu Vtec. Tak kisah sama ada B16A atau B18C, kedua-duanya memang enjin yang power gila.
Harga pasaran semasa yang aku tahu bagi sesebuah model EK sekarang ni dah drop dengan banyaknya. Kalau korang bernasib baik, korang boleh beli dengan harga serendah RM 27,000.00 sehingga melebihi RM 60,000.00, semuanya bergantung kepada spec dan setakat mana modified yang telah dilakukan.
Back to the point, adakah berbaloi untuk member aku membeli sebuah Civic EK sekarang ni? Bajet yang dia mampu adalah di bawah RM 40,000.00. Kalau boleh dia mahukan EK yang berenjinkan Vtec, kalau enjin biasa bagi aku tiada nilainya sesebuah kereta berjenama Honda.






Biar aku berterus-terang, pembelian Honda Civic EK sekarang ni ‘tidak berbaloi’. Peminat-peminat tegar Civic EK mungkin akan marahkan aku, tetapi tunggu dulu, aku ada alasan yang logik untuk korang semua. Bila dah lama main kereta, sekurang-kurangnya aku berhak mengeluarkan pendapat aku sendiri. Lagipun member aku tu bab-bab kereta memang dia tak pandai sangat.
Bagi aku tidak berbaloi untuk membeli sesebuah kereta yang berusia melebihi 13 tahun. Civic EK Vtec yang berharga di bawah RM 40,000.00 adalah dari tahun 1996 -1997. Kereta dah lama tapi harga mahal lagi, kalau harga bawah RM 30,000.00 bolehlah, ini paling kurang pun yang boleh dapat mesti antara RM 30,000.00 – RM 40,000.00, mahal woooo..!
Lagi satu kalau tak ada duit muka RM 10,000.00 ke atas jangan harap boleh beli Civic EK. Kereta dah lama, dah lebih 10 tahun, jadi nak dapat loan bank penuh sama ada 7 tahun atau 9 tahun jangan harap la. Disebabkan model tu dah berusia lebih 10 tahun, pihak bank hanya boleh bagi loan antara 3 hingga 5 tahun saja, kalau ada yang boleh bagi 7 tahun tu memang pelik, aku pun nak tau bank mana satu yang sanggup bagi.
Bila dah bagi loan antara 3 – 5 tahun, jadi duit muka (down payment) pun automatiknya jadi tinggi sebab nak cover balik harga kereta yang tinggi. Kalau korang nak pakai jugak Civic EK, korang siapkan dulu down payment RM 10,000.00 sehingga RM 20,000.00. Bila sebut bab duit rasanya semua orang dah boleh agak ianya berbaloi atau tidak.





Sebab tu sekarang ni ramai budak-budak muda ataupun kaki kereta yang berduit terus beli cash je kereta tu. Kebanyakannya trade in kereta lama dan tambah duit sendiri, malas nak buat loan bank sebab bulanan mau RM 600.00 sebulan ke atas. Kalau kakitangan kerajaan pulak kebiasaannya dia orang buat personal loan dan terus beli cash.
Seterusnya yang aku rasa tidak berbaloi bila beli Civic EK lama macam ni ialah sebab harga spare part mahal. Kaki Honda tau la harga spare part EK, tambah-tambah kaki modified. Kalau dah beli EK Vtec sebijik mesti la nak modified, tak logik pulak rasanya kalau nak naik standard saja, nanti tak pasal-pasal kena smoke dengan Myvi SE..
Kalau nak modified enjin Vtec sama ada B16A atau B18C memang mahal, tu tak kira suspension lagi, mana ada murah. Kalau tak percaya pergi la beli halfcut Civic B16A sebijik, mahal nak mampus. Kalau berduit takpa la, tapi aku cakap dalam konteks peminat-peminat kereta yang macam member aku tadi tu, duit gaji cukup-cukup makan je.
Macam mana pun taraf Honda Civic EK setakat hari ini memang tinggi, itu aku tak nafikan. Kalau korang naik Civic EK Vtec yang dah dimodified, pandangan orang lain terhadap korang ialah korang ni kaki racing. Mana ada mamat skema yang pakai Civic EK Vtec, apa fungsinya semua tu dekat dia kan?
Sebab apa orang pandang tinggi dekat korang yang pakai Civic EK Vtec? Sebabnya ialah kereta tu memang power, kalau nak ajak racing pun mungkin kereta turbo je yang berani. Keduanya ialah sebab barang-barang Honda semuanya mahal, jadi orang tau yang korang tu berduit, sebab tu orang respek. Takkan orang nak respek kalau korang drive Wira 1.5 jinjang yang takde brake disc belakang tu..hahaha!
0 Komentar untuk "Berbaloikah Membeli Honda Civic EK???"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info