PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

RAKYAT SINGAPURA MELOPONG HARGA KERETA MELAMBUNG

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara orang terkaya 

di republik itu kerana orang kebanyakan hanya mampu menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke

 tempat kerja atau bersiar-siar waktu cuti.

Semalam pemerintah Singapura mengumumkan kadar bidaan premium terbaharu untuk mendapatkan sijil

kelayakan atau certificate of entitlement (COE) bagi individu membeli kereta baharu sebagai rekod paling tinggi

 dalam sejarah sejak diwujudkan pada 1990.

Media tempatan hari ini melaporkan, kadar COE untuk kereta kategori A iaitu kuasa kuda 1,600cc sehingga

 kereta saiz kecil di bawah 130bhp ditutup pada serendah S$67,889 (RM175,144) berbanding kadar lama bulan

lalu ditetapkan S$64,900 (RM167,433).

Manakala premium untuk kereta saiz besar lebih 1,600cc iaitu kategori B menokok daripada S$70,890

 (RM182,896) kepada S$72,890 (RM188,056). Namun kadar untuk motosikal pula turun kepada

 S$4,189 (RM10,807) daripada sebelum itu S$7,130 (RM18,395).

COE kenderaan perdagangan termasuk bas, lori dan van komersial naik kepada S$65,001 (RM167,702)

daripada S$63,701 (RM164,348) sementara kategori terbuka semua jenis kenderaan ialah S$73,900 (RM190,662)

 berbanding S$71,300 (RM183,954).

Kebiasaannya, bakal pembeli kereta di sini perlu membida COE terlebih dahulu sebelum dapat membeli kereta

 dan proses bidaan amat sengit kerana pemerintah menetapkan kuota 2,000 COE sahaja pada setiap kali proses

 bidaan yang dilakukan setiap bulan.

Ini bermakna hanya bidaan tinggi akan berjaya membeli kenderaan idaman masing-masing malah kesukaran itu

 menyebabkan kadar COE jauh lebih mahal daripada harga sebenar kereta dan ia belum termasuk pelbagai lagi

bayaran sampingan ditetapkan pemerintah.

Antaranya semua kenderaan di Singapura wajib memasang alat pengesan Electronic Road Pricing (ERP)

seumpama Smart Tag di Malaysia kerana banyak laluan utama di republik itu dipasang palang gantri tol ERP

 bagi mengatasi isu kesesakan teruk pada waktu puncak.

Kadar tol ERP naik mendadak pada waktu sibuk hari bekerja beberapa jam sebelah pagi dan petang sekali

 gus pemandu yang ingin elak tol tinggi terpaksa cari jalan jauh lain yang tolnya lebih murah atau hanya

 memasuki laluan sibuk itu di luar waktu puncak.

Akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas baru-baru ini melaporkan harga kereta di Singapura paling mahal

 di dunia dan membuat perbandingan jika membeli sebuah kereta di pulau itu bersamaan tiga buah kereta model 

sama dijual jirannya di Malaysia. – Agensi
0 Komentar untuk "RAKYAT SINGAPURA MELOPONG HARGA KERETA MELAMBUNG"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info