Gambaran Hantu Peludah Makanan Dari Pandangan Ghaib Pengamal Perubatan Islam |
Hantu Peludah adalah hantu yang di digunakan oleh segelintir peniaga sebagai pelaris di kedai makanan. Dikatakan hantu peludah ini akan meludah dan kencing di atas makanan terlebih dahulu sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan yang di ludahi dan di kencingkan akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke gerai atau restoran tersebut.
Kesan ludahan dan air kencing hantu tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang-kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah dan kencing itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut,.
Namun kadang tidak semua pemilik Kedai tahu apa-apa tindakan yang dilakukan oleh hantu belaannya dalam rangka membuat laris retorannya, yang mereka tau hanya mereka memagari warung tersebut dengan tenaga pelaris yang diperolehnya dari dia melakukan kegiatan pemujaan tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.
Imej Hantu Pelaris Yang Di Rakam Di Sebuah Warung Di Pekan Langgar, |
Perkara ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawan dengan tenaga posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan amalan baiknya.
Jika hal itu terjadi maka automatik, tenaga negatif yang masuk tadi akan keluar. Tidak mustahil hari ini berbagai cara dilakukan orang untuk melaris peniagaan mereka.
Apapun tindakan sedemikian amat bertentangan dengan ajaran agama islam kita. Sesungguhnya setiap perbuatan yang buruk itu akan mendapat balasanya kelak.
Moralnya utk anda yang percaya atau pun tidak, sebaiknya atau sekurang-kurangnya bacalah Bismillah serta doa makan, Sebelum memakan makanan dimana-mana jua terutama ditempat-tempat sedemikian.
Kebaikannya supaya kita tidak menjadi mangsa memakan makanan yang kotor kerana di bimbangi telah dikotorkan oleh syaitan ditempat yang sedemikan.
Tidak dinafikan dunia hari ini bagi sesetengah orang, ramai yang sudah tidak percaya langsung cerita tentang hantu, syaitan dan karut marut ini. Terserahlah pada diri sendiri.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Kisah Benar Yang Pernah Di Siarkan Di Akhbar Sinar Harian
Gambar Hantu Pelaris di Kedai Makan?
Imej Hantu Peludah Mirip Seperi Gambaran Di Sebelah |
Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
0 Komentar untuk "Imej Hantu Pelaris Yang Sempat Di Rakam Di Sebuah Warung Di Pekan Langgar"