PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(3 FOTO) KEJAM!! BUDAK KECIL DI SEKSA SEBELUM DI BUANG KE DALAM JURANG

Kisah tragis yang berlaku di wilayah Guishou, China, itu berpunca ketika Ting Liang (30), ibu tiriJen, merancang membalas dendam terhadap sang suami, Gang Jian (40), kerana merancangmenceraikan
dirinya.
Ting Liang memang merancang untuk membunuh Jen. Dia bahkan menjemput Jen disekolahnya selepas beralasan harus membawa anak kecil itu ke doktor. Namun, Ting Liangmalah membawa Jen ke kawasan fengan, wilayah Guishou, ke sebuah lombong arang batuyang sudah tak beroperasi.
Di tempat itulah Ting Liang memukul, menendang, melontar batu, dan mencekik Jen denganmenggunakan selendangnya. Setelah anak kecil itu tak bergerak, Ting Liang lalumelemparkannya ke sebuah lubang tambang dan meninggalkan kanak-kanak itu keranamenyangka bahawa Jen sudah mati.

Sementara itu di rumah, Gang Jian melapor ke polis selepas anak lelakinya itu tak kunjungpulang dari sekolah meski hari sudah petang. Polis yang melakukan siasatan kemudianmengetahui bahawa Jen meninggalkan sekolah selepas dijemput Ting Liang.
"Ketua sekolah mengatakan kepada kami, ibu tiri Jen menjemputnya dan saat kami bertanya kepadanya, perempuan itu membantah sudah menjemput Jen," kata polis.

"Namun, saat kami perlihatkan rakaman CCTV yang menunjukkan dia tengah memimpin anak kecil itu, maka dia mengakui perbuatannya," tambah polis.

Setelah isterinya itu ditahan polis, Gang Jian merasa sangat terkejut kerana tak menyangkaperempuan tersebut sanggup melakukan perbuatan keji seperti itu. "Dia selalu kelihatanmenyukai dan sesuai dengan Jen. Namun, dia dan saya mempunyai masalah dan saya sedarkami tak mungkin mempertahankan perkahwinan ini, "ujar Gang Jian.

"Apabila saya katakan saya ingin menceraikannya, dia hanya terdiam dan meninggalkanrumah. Saya tak menyangka dia mampu melakukan hal seperti itu, "tambah Gang Jian.

Selepas menahan Ting Liang, polis kemudian mencari Jen dan menemuinya dalam keadaanbabak belur dan mengalami dehidrasi tiga hari selepas dia dibuang ke lubang lombong arang batu.

Kini Jen dirawat di rumah sakit, sementara sang ibu tiri ditahan dan terancam hukumanpenjara 15 tahun kerana penculikan dan percubaan pembunuhan.


0 Komentar untuk "(3 FOTO) KEJAM!! BUDAK KECIL DI SEKSA SEBELUM DI BUANG KE DALAM JURANG"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info